Apam Mekar Setaman






Pandai pandai jer menukar nama jadi Apam Mekar Setaman.  Hahaha jangan marah ya tuan punya resepi.  Saya mula memasak kuih ni dah agak lewat malam. Terpaksa melayan Pakistan yang hantar carpet kat rumah dulu.  Tapi sebab dah bercadang nak memasak untuk dibawa ke office esok, saya terus jer ke dapur sebaik selesai urusan carpet.  Agak nya sebab dah penat la tu, tak berapa gebu kuihnya.  Resepi ini memang OK berdasarkan komen komen pembaca yang dah mencubanya. Tetapi saya sendiri mungkin yang tidak membuat sukatan bahan dengan sempurna. Tapi apa apa pun saya sangat berpuashati menengokkan ianya mekar berkembang.  Dah lewat malam ni, jadi jom kita layan resepinya.




Apam Mekar Setaman
sumber: azita kitchen


Bahan-bahan (50 biji papercup kecik )
200 gm gula (resepi asal 250 gm)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup)

Cara-cara
Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.

Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi. Masukkan ovallate dan pukul lagi.

Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup balikkan hingga warna sekata.

Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan (atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).

Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut. Rehatkan 5 - 10 minit sebelum dikukus.

Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup) dg api yg besar.

Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan.







Apam Mekar Setaman Apam Mekar Setaman Reviewed by Azie on November 02, 2011 Rating: 5

4 comments

  1. sy buat tp lembik, masuk air..camne ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan bagi masuk air. Bungkus penutup kukus tu

      Delete
  2. As salam sis,,,nak tye lau sy nk letak blueberry filing bole x?

    ReplyDelete
  3. azie kitchn pilihn sy.
    wawa from sabah

    ReplyDelete