Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Donut Gebu Tradisional

Donut Gebu

As salam pagi Ahad untuk semua. Semoga hari ini menceriakan hidup kita semua. Hari ini tak ada apa apa rancangan cuma bercadang untuk ke One Utama mencari hadiah untuk anak kawan yang akan melangsungkan perkahwinan di hujung minggu ini.  Jadi pagi pagi saya dah ke dapur untuk membuat kuih keria menggunakan baki ubi keledek semalam dan juga kuih donut.

Bercakap mengenai kuih donut ni, macam mana timbul idea nak membuatnya adalah kerana melihatkan bentuk kuih keria yang sama bentuk dengan kuih donut, lagi pula kuih keria yang dibuat semalam sedap sekali, itu yang terasa nak mencuba buat kuih donut pula. Malam tadi sebelum tidur, saya membelek belek resepi dalam internet. 

Terpandang Donut Gebu tradisional yang ditulis oleh Norashikin di SINI.  Saya tertarik dengan apa yang ditulis, donut "dijamin gebu sampai esok". So catchy. Tambahan pula komen komen orang dah mencuba nya, semua nya berpuashati dengan resepi ini.  Apalagi pagi pagi dah minta my son drive ke kedai mencari yis mauripan sebab hubby masih kat kampung. Saya memang tak pernah membeli yis ini, jadi tak ada stock dalam kitchen store kami...  

Donut Gebu


Mudah sekali membuat donut ini dan seronok bila tengok doh mengembang sekali ganda saiznya. Cuma lain kali kena belajar lebih bersabar bagi menghasilkan donut yang bentuknya bulat cantik. Hahaha kesabaran memang kurang sikit pada saya, semenjak dua menjak dulu lagi. Mesti nak cepat jer. 

Apa apa pun rasanya memang lembut dan gebu. Jom kita tengok resepi dan gambar gambarnya sekali. Hobi saya kan mengambil gambar gambar....

Donut Gebu

Donut Gebu

Bahan-bahan (untuk 34 biji)
1 kg tepung gandum
1 paket yis segera mauripan (11g)
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1/2 cwn minyak masak
550 gm air bertapis
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara cara
Larutkan garam, susu ke dalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja. Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.

Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.

Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.


Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.


Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.

Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.

Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.

Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.

Tunggu suam (dalam 2 minit diangkat) sebelum digaulkan dalam gula caster bagi mengelakkan gula cair melekat. Atau boleh juga dihias sesuka hati anda sebelum dihidang.

Tips
Kita boleh menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menggoreng donut ini sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya. 

Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal. 

Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.

Untuk simpanan dalam jangka pendek, hanya perlu disimpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.

Campurkan susu, garam ke dalam air


Yis digaul rata dengan tepung gandum


Tuang setengah cawan minyak masak dn gaul rata


Tuang bancuhan susu tadi


Setelah bergaul rata, diuli menjadi doh


Adunan mengembang selepas dibiarkan selama 30 minit


Bahagikan adunan


Bentukkan kuih donut


Rehatkan 1/2 hingga 1 jam


Donut Gebu
Dah siap dihidangkan


Donut Gebu
Lembut terutama bila makan panas panas


Donut Gebu
Haa tengok tuu ...
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

34 ulasan for "Donut Gebu Tradisional"

  1. saya dah cuba resepi nie...mmg gebu tapi saya ada tambah sedikit air,susu, gula dan shortening...hehehe...


    terima kasih ye atas perkongsian resepi donut gebu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saja diubahsuai ikut selera sendiri.

      Padam
  2. salam..saya dh try ptg td..menjadi laa..tp saya buat setengah je dr adunan..rasa sedap sgt..1 fmly suka n berebut2..sedap wt mkn ptg..thanks... Qaseh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Qaseh kerana sudi meninggalkan komen. Semoga ianya boleh dijadikan rujukan kepada pembaca lain.

      Padam
  3. Salam aunty, nk tanya antara resepi ni dgn resepi donut gebu yg 1 lg tu, mana lagi sedap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Raihan,
      dah lama membuatnya, sukar nak dibandingkan. Tetapi yang pasti kedua duanya sedap dan menjadi.

      Padam
  4. Sy selalu buat resepi yg satu lg tu. Nnti nk try yg ni pula. Minyak tu kalau ganti dgn margerin atau butter boleh tak?

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..saya buat memang sedap...suke sbb tengok anak2 makan dengan berselera. terima kasih ye puan azie atas perkongsian resepi. banyak sangat resepi yang senang saya nak sangat cuba.

    BalasPadam
  6. susu pekat boleh ganti dgn susu tepung tak

    BalasPadam
  7. Sedap. Da buat hari ni utk bwk gi skolah anak. Tq share resepi :)

    BalasPadam
  8. Sedap sgt resepi ni pn azie...wlupon bentuk xlawa ( mgkin sb tepung sikit atas dulang, jd dohnya melekat bila nk diangkat).. tp rsnya mmg mabeles! Siap ada org nk tmpah lg! Hahaha..tq ye tuan umh..

    BalasPadam
  9. maaf sy nak tnya di rumah sy tiada penimbang boleh x bagi anggaran 550g air tu berapa cawan ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sya da cba resepi ni.. 550g sma dgn 2 1/2cawan..

      Padam
  10. Saya baru cuba... memang gebu... terima kasih :)

    BalasPadam
  11. nak buat kejap lagi..doakan yer menjadi..kalo sedap boleh bg jiran sebelah

    BalasPadam
  12. Sy jenis x bape reti sangat memasak ke buat kuih ke..tp try follow resepi azie kithen ni macam paling proo bab2 masak2 or buat kuih ni..hihi.. tq kak azie..

    BalasPadam
  13. Semua resepi yg saya dpt drp blog k.azie menjadi...terima kasih kerana tidak lokek ilmu...

    BalasPadam
  14. Saya selama ni masak sume gune resepi azie kitchen.. mmg mnjadi dn sedap.. tp yg pling mnjadi ikan kerisi sos tiram.. ni baru jk cube donat.. in shaa allah mnjadi.. thanks azie kitchen !!

    BalasPadam
  15. Kalau guna rolling dan donut cutter, boleh kah?

    BalasPadam
  16. anak 5thn order donut..terus cari resepi sebab tak pernah buat..kjp lagi nk try...tq ya..

    BalasPadam
  17. Akak bile buat hari ni esok pagi bru goreng bole ke

    BalasPadam
  18. Sedap sgt...da 4x buat n frozenkn...suami n ank2 suke...tq kak share resepi..

    BalasPadam
  19. Haaà. ...jumpa pon ...nk share ya..
    Utk berbuka puasa ni..
    Selamat berpuasa

    BalasPadam
  20. Anak bujang sedang bantu mencetak donut. Mlm ni nak bawa ke masjid utk moreh. Semoga Pn Azie juga mendpt pahala keberkatan InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aameen. Alhamdulillah ada anak yg pandai mencari amalan di bulan Ramadhan

      Padam
  21. skg kalo nk wt ape2 first mesti sy cri google dri azie kitchen.pasal sy cuba sume dri azie kitchen sume nye menjadi..hri ni sy nk try dnut rasepi ni...tq azie x kedekut ilmu,,smoga murah rezeki amin

    BalasPadam
  22. Baru try..sedap..lembut...Terima kasih Azie

    BalasPadam
  23. Saya da try buat ikut resepi ni.. alhamdulillah , satu family suka.. saya siap buat meniaga donut skrg ni
    😅

    BalasPadam
  24. Sis azie blh tny utk lbh kepastian.. Klu buat mlm siap terap acuan bentuk kn awai pg goreng blh jgkjkn asal tutupkn bekas dlm ms 24 jam

    BalasPadam
  25. sis klu nk goreng esok pagi x pa ka klu mlm tu buat siap2

    BalasPadam
  26. sy dh cuba resepi ni..mmg lmbut gila...smpy esk pg pn tgk msih gebu lg...suami hri2 tnya donut so sy bt frozen byk2

    BalasPadam
  27. Puan Azie, minta halal resepinya ye. Alhamdulilah, semua resepi Azie Kitchen mmg menjadi kalo dibuatnya hehe, terasa diri ni seperti Chef 5 bintang hehe

    BalasPadam