Rabu, 7 September 2011

Jus Nenas World



Jus Nenas Azie Kitchen



Cara penyediaan jus nenas ini dikongsi oleh rakan sepejabat saya, Abdul Hanan yang mempunyai keluarga yang pakar dalam bab masak memasak terutama resepi utara seperti beriani dan sebagainya. 

Setiap kali ada majlis makan makan, mereka akan menyediakan jus ini bagi membantu mereka yang memakan daging kambing dari mendapat tekanan darah tinggi. Maklum lah setengah orang akan mengalami kenaikan tekanan darah atau pening jika memakan daging kambing secara berlebihan. 



Jus Nenas Azie Kitchen
jus yg sangat berkhasiat

Gambar gambar yang beliau ambil semasa penyediaan makanan kenduri secara gotong royong amat mengujakan saya. Jom cuba amalkan meminum jus nenas world ini terutama selepas memakan daging kambing. Apa apa pun, nenas sangat kaya dengan kandungan fiber yang amat baik untuk melancarkan pencernaan dan penghadaman.



Jus Nenas Azie Kitchen

Jus Nenas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 biji nenas
sedikit gula batu
sedikit kiub ais
sedikit air ais

Nenas dikupas, buang empulur dan matanya. Blend nenas dengan air ais, ais kiub dan gula batu hingga hancur. Boleh terus dihidangkan semasa masih sejuk.  sangat sedap ...


Jus Nenas Azie Kitchen
jemput minum ...





Add your comment
EmoticonEmoticon