Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Udang dengan Petai


Esok umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Sambil menyediakan juadah untuk sarapan di pagi hari raya, saya perlu juga menyediakan juadah berbuka untuk hari terakhir Ramadhan.  Menu berbuka hari ini adalah sambal tumis udang dengan petai, kari ikan bawal, ayam goreng rangup dan rendang minang yang dimasak untuk juadah raya. 

Sambal tumis udang adalah masakan kegemaran suami saya. Saya pula bila masak sambal tumis, hmmm ...sekali menjadi, sekali tak menjadi. saya belajar dan mempraktis masakan mudah ini berulang kali bagi menghasilkan sambal tumis udang yang meletop...

Kali ini saya meletakkan sekali petai yang menjadi kegemaran saya tapi jarang memakannya terutama hari bekerja. apalagi esok hari raya. jom layan resepi saya....


Sambal Tumis Udang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Cili kisar
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Garam dan serbuk perasa

Cara cara:
Udang digoreng terlebih dahulu dan angkat serta ketepikan. semua bahan di atas di blend.

Tumis bahan blend dengan api perlahan hingga cili betul betul garing. Masukkan gula terlebih dahulu bagi menjadikan sambal berwarna kemerahan. 

Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. akhir sekali masukkan udang. masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.

Jika hendak masukkan petai, letak petai dahulu sebelum udang. jika mahu, boleh juga diletakkan bawang besar yang dipotong bulat.

Siap dan jemputlah makan....



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Sambal Tumis Udang dengan Petai"

  1. Assalam Azie, saya dari Kuching, Sarawak. Cantik warna sambal tumis udang petai awak. Dapat satu ilmu baru, rupa2 bila kita masukkan gula terlebih dulu boleh mencantikkan warna masakan kita. InsyaAllah, nanti saya cuba. Saya pun baru lagi dlm dunia blog ni. Wassalam

    BalasPadam
  2. Nor Asmah, ya bila dimasuk gula terlebih dahulu, sambal menjadi warna merah yang cantik dan berkilat. Saya juga belajar dari kawan yang memang pakar dalam bab memasak ni. begitu juga jika dikukis pulut kuning, taburkan sedikit gula sebelum dihidangkan. Pulut menjadi cantik berkilat.

    BalasPadam