21 Aug 2011

Bingka Telur

Kuih Bingka Telur

Saya hanya membesar dengan kuih muih tradisional di kampung. kuih moden, biskut dan kek hanya dikenali selepas kakak mula memasak masakan tersebut di rumah kami. 

Minat memasak kuih kuih moden juga timbul selepas melihat kakak saya menyediakan kuih kuih moden dan juga kerana sukar sekali menikmatinya semasa zaman kecil. Namun kini selepas berpuluh tahun menetap di bandar, saya kembali merindui kuih muih tradisional yang enak dan sukar diperolehi pada masa kini.  

Memang banyak yang menjualnya tetapi untuk mencari kuih tradisional yang betul betul enak, sukar sekali.  terima kasih kepada teknologi yang memungkin perkongsian ilmu, kini kita boleh menyediakan sendiri kuih muih tersebut dengan bantuan resepi resepi yang terdapat di blog blog...

Hari ini saya mencuba resepi kuih bingka telur yang merupakan kuih bingka pertama yang saya buat seumur hidup saya. Macam hari ini dalam sejarah la pulak ya. Berbaloi baloi, bingka ini teramatlah enak nya. Betul betul enak, bukan cubaan. Satu persatu saya makan tanpa menghiraukan diet. Aduish camne ni... apa apa pun, jom layannn...


Kuih Bingka Telur
BINGKA TELUR
Source:  Hana memories
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
6 biji telur
2 cwn air daun pandan (atau 2 cwn air + pewarna kuning)
2 tin santan (400ml x2) atau santan pekat
3 cwn tepung gandum
2 cwn gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar butter-cairkan

Cara-cara
Blend semua bahan, hingga tepung tak berketul ktul. 
Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang..lenserkan.


Masukkan dalam oven. Bila loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih ke dalam loyang.

Masak sehingga perang. Guna suhu 180 bakar selama 1 jam.

Kuih Bingka Telur

Kuih Bingka Telur

2 ulasan

as salam.mohon share.
sy dh try...mmg sedap

assalamualaikum.. sy nk tanya.. kalau sy guna api atas sahaja perlukah saya kecilkan suhu?api bawah oven sy da rosak...sy pernah buat bingka ikut resepi sis tp hangus.. tp bhgn dalam masak..nk mkn terpaksa la buang bhgn hangus tu..huhu


EmoticonEmoticon